Laporan Pengujian Status Internet

Untuk makluman semua pihak sekolah, anda diminta untuk membuat ujian laporan speedtest pada setiap bulan. Untuk menghantar laporan, sila pergi ke ruangan E-Aplikasi dan klik pada Status Pengujian Internet

Buat Pinjaman Secara Online!!

Ingin membuat pinjaman peralatan PKG? Anda tidak perlu menunggu lagi dan lebih mudah sekiranya anda membuat permohonan secara atas talian kerana kami akan diberitahu secara terus melalui emel kami.

Karnival Budaya Sekolah Rendah

Persembahan tarian kebudayaan sempena Karnival Budaya Sekolah Rendah Daerah Lawas di Dewan Masyarakat Sundar.

Semak Status Tempahan Bilik PKG disini.

Tuan dan Puan kini boleh menyemak status penggunaan dan tempahan bilik PKG secara online melalui portal kami.Ia dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada anda bagi menjimatkan masa dan mempunyai ciri yang lebih efektif.Selain itu,anda boleh menempah terus sama ada melalui portal kami atau melalui panggilan telefon.

Selamat Datang ke Portal Rasmi PKG Lawas

Selamat datang ke web portal pkg lawas, untuk sebarang pertanyaan berkaitan maklumat pengisian data online anda boleh berhubung terus kepada kami melalui talian : 085-283979 Emel :pkg_lawas@moe.gov.my

Showing posts with label PKG Lawas. Show all posts
Showing posts with label PKG Lawas. Show all posts

Status tempahan bilik PKG kini secara online

Salam Sejahtera,
Tuan-tuan dan puan-puan kini boleh menyemak status penggunaan dan tempahan bilik PKG secara online, ia merupakan ciri tambahan kepada "Sistem Tempahan Bilik PKG Online" yang sedia ada disamping mempunyai ciri-ciri carian pantas dan membolehkan tuan dan puan melihat secara keseluruhan aktiviti yang akan datang sama ada melalui paparan demi hari , minggu dan bulan melalui sistem ini. Untuk mengakses sistem ini, tuan puan boleh pergi ke ruangan e-aplikasi  dan pilih pada tempahan bilik pkg. Manual penggunaan sistem ini secara lanjut boleh dilihat disini. Semoga sistem ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memudahkan tugas tuan/ puan. 

Manual Penggunaan Sistem Tempahan Bilik PKG:

Solusi untuk masalah ketika mengakses portal PKG Lawas




Salam sejahtera, kepada pihak sekolah daerah Lawas yang menghadapi masalah untuk mengakses portal kami. Ia adalah disebabkan dns server yang digunakan oleh talian KPM, Sila tukar kepada dns google atau openDNS dan lain2.. sila rujuk link dibawah

 Link
 Panduan untuk menukar DNS

Pemantauan Status Penggunaan Frog VLE

Perhatian kepada semua sekolah

Penggunaan Frog VLE di sekolah-sekolah sentiasa dipantau oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara atas talian (online).  Perkara-perkara yang dipantau adalah :
  1. Kekerapan penggunaan Frog VLE oleh Guru dan Murid secara mingguan.
  2. Peratus pencapaian mengikut KPI yang telah ditetapkan  -  Login Frog VLE selama 30 minit seminggu untuk 30% warga sekolah.
  3.  Status pengagihan ID Frog VLE kepada Guru, Murid dan Ibu bapa.

Maklumat Kerosakan Peralatan ICT Sekolah- Sekolah Daerah Lawas 2016



Salam sejahtera ,
Tuan/Puan

Dimaklumkan bahawa pihak PKG sekarang sedang mengumpul maklumat aduan kerosakan
peralatan ICT Sekolah untuk proses penyelenggaraan tahun 2016. Diharap pihak sekolah daerah Lawas,
dapat memberi kerjasama untuk melaporkan kerosakan yang terdapat di sekolah masing- masing dengan melengkapkan borang aduan kerosakan melalui ruangan "E-APLIKASI" pada portal ini, atau klik pada pautan di bawah:

Laporan Status Pengisian SSQS Daerah Lawas


Laporan Status Pengisian SSQS Daerah Lawas 

Salam 1Bestarinet dan Salam Sejahtera,

Terima kasih dan tahniah kepada semua sekolah yang telah membuat pengisian borang responden SSQS
dan setakat ini telah berjalan seperti biasa. Untuk pengetahuan pihak sekolah, tempoh pengisian borang SSQS ini adalah sehingga tarikh 30 September 2013. Namun begitu, memandangkan peratusan pengisian SSQS pada setakat ini masih rendah, maka pihak BTP telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pengisian sehingga 5 Oktober 2013 .


Medan yang bertanda "kuning " dalam laporan di atas adalah medan laporan yang wajib diisi untuk melengkapkan bilangan responden yang dikehendaki, medan ini mempengaruhi 25%  jumlah keseluruhan peratusan untuk setiap sekolah.



Medan yang berwarna "hijau" di atas pula mewakili sekolah yang belum lagi membuat sebarang pengisian 
SSQS setakat ini.
Untuk menyemak status keseluruhan pengisian ini, sila klik link dibawah. Laporan ini akan terus dikemaskini dari masa ke semasa. Sekiranya, terdapat sebarang masalah berkenaan pengisian ini, sila berhubung secara terus ke PKG Lawas melalui talian : 085-283979. Sekian, terima kasih.





Laporan Pengujian Internet


Salam 1Bestarinet,

Untuk makluman semua pihak sekolah, anda diminta untuk membuat ujian laporan speedtest pada setiap bulan untuk keperluan pihak BTPN Sarawak menganalisa berkenaan status internet sekolah anda sama ada berfungsi / kurang stabil / tidak berfungsi. Laporan ini sedikit sebanyak boleh membantu pihak BTPN untuk melakukan sebarang penambahbaikan atau pelaporan kepada pihak yang berkenaan. Sekian, terima kasih.

Hantarkan Link / Pautan Web / Blog / FB Pages sekolah anda kepada kami



Salam 1Bestarinet,

Kepada sekolah-sekolah daerah Lawas, anda boleh menghantar pautan link website /blog anda kepada kami di Pusat Kegiatan Guru Lawas untuk kami selitkan pautan anda ke dalam portal kami. Ia adalah percuma dan memudahkan pihak luar untuk mengakses laman anda secara terus.Untuk penghantaran link, sila emelkan kepada pkg_lawas@moe.edu.my atau khairul@pkglawas.cu.cc .Sekian, terima kasih

Bengkel Sistem Pengurusan Sekolah (Terkini)

Untuk Makluman:
Bengkel Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)  akan dijalankan pada 17/09/2013 di Bilik Mesyuarat PKG Lawas. Jam 08.00 Pagi - 05.00 Petang. Sekian, Terima Kasih.

# Pusat Kegiatan Guru Lawas


Penilaian Tokoh Nilam


13/03/2013 , Penilaian Tokoh Nilam di Bilik Mesyuarat PKG Lawas telah dijalankan oleh Pn. Wan Norhafizan dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak. Tokoh-tokoh nilam adalah dari SK Long Semadoh dan akhir sekali, penyampaian sijil kepada tokoh nilam yang terpilih.











Laporan Status Pengisian SSQS Daerah Lawas


Laporan Status Pengisian SSQS

1.  Pentadbir (Guru Besar / Pengetua / Penolong Kanan)

2. Guru Perpustakaan dan Media

3. Guru Mata Pelajaran

4. Murid

5. Laporan  Keseluruhan Status Pengisian SSQS Daerah Lawas


Tutorial :

1. Untuk paparan laporan sekolah anda, mula-mula klik "View" pada menu bar kemudian pilih "List"

 2. Pada Bahagian NAMA DAN KOD SEKOLAH , Sila pilih nama sekolah anda.

Pemantauan dan Penilaian PSS Daerah Lawas 2013


Pemantauan dan Penilaian PSS Daerah Lawas oleh pihak BTPN Sarawak yang diketuai oleh Cikgu Mawang Kayan, Cikgu Syukri bersama Pegawai PTPB Limbang Cikgu Jimmy sedang membuat penilaian PSS di SK Agama (MIS) Lawas. SK Agama merupakan antara sekolah yang terbaik dari segi akademik, sukan ,serta pengurusan seperti Pusat  Akses dan Pusat Sumber. Berikut merupakan sedikit sedutan daripada Lensa Cikgu Azman.






Kursus Pemantapan Teknikal & Kemahiran FT Sekolah

18-19 April 2012 (Rabu & Khamis) Seperti mana yang dikendaki oleh pihak BTP, kursus pemantapan teknikal untuk FT PKG Sarawak telah dijalankan pada (12-13 April) di BTPN Sarawak.Kursus untuk FT sekolah perlu dijalankan oleh pihak PKG dan modul taklimat/kursus juga sama. Bagi PKG Lawas, kami telah menjemput beberapa FT sekolah untuk menghadiri kursus tersebut. Walaupun bilangan FT di kawasan Lawas adalah kurang, namun kerjasama yang telah diberikan amatlah menggalakkan.Diharap lebih banyak kursus seperti ini akan dijalankan pada masa akan datang sebagai satu "platform" untuk perkongsian ilmu ICT antara semua juruteknik.













































































































































Selamat Berpuasa :D

Warga PKG Lawas ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di mana jua berada.Semoga ramadhan ini akan lebih diberkati dan berseri lagi .

Pinjaman Peralatan

3,2,1 Action!







"Projek video kali ini ialah menghasilkan filem tempatan , anak Lawas". Hehe, sebenarnya beliau adalah Cikgu Awgku Mohiddin, rajin dan berdedikasi dalam menjalankan tugas tidak kira masa.Beliau memang boleh dikategorikan profesional dalam bidang shoot-shoot ni.Sesapa yang nak shoot video kahwin tu, leh la contact beliau..Ahakz :D

Steady Bro!




Inilah wajah-wajah disebalik bunyi yang berkumandang sewaktu majlis dijalankan sekitar kawasan Lawas. Cikgu Azman, (gambar di atas) kelihatan sedang menyelaras bunyi dan berpengalaman dalam pengendalian teknikal audio.

Borang Tempahan Bilik PKG