Laporan Pengujian Status Internet

Untuk makluman semua pihak sekolah, anda diminta untuk membuat ujian laporan speedtest pada setiap bulan. Untuk menghantar laporan, sila pergi ke ruangan E-Aplikasi dan klik pada Status Pengujian Internet

Bengkel Sistem Pengurusan Sekolah (Terkini)

Untuk Makluman: Bengkel Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)  akan dijalankan pada 17/09/2013 di Bilik Mesyuarat PKG Lawas. Jam 08.00 Pagi - 05.00 Petang. Sekian, Terima Kasih. # Pusat Kegiatan Guru Lawas ...

Penilaian Tokoh Nilam

13/03/2013 , Penilaian Tokoh Nilam di Bilik Mesyuarat PKG Lawas telah dijalankan oleh Pn. Wan Norhafizan dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak. Tokoh-tokoh nilam adalah dari SK Long Semadoh dan akhir sekali, penyampaian sijil kepada tokoh nilam yang terpilih. ...

Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Peringkat Daerah Lawas

Salam sejahtera, Alhamdulillah ..Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah -Sekolah Peringkat Daerah Lawas telah sempurna dijalankan pada 03/04/2013 di SMK Trusan. Selain tadarus beberapa acara yang turut dipertandingkan seperti syarahan/ bercerita, nasyid (diringi kompang & selawat), hafazan ,& tadarus Al-Quran. ...

Malam Jalinan Mesra ( Hari Keluarga PPD Lawas)

Malam jalinan mesra bagi warga-warga Pejabat Pendidikan Daerah Lawas dan keluarga-keluarga telah diadakan di Dataran panggung udara Lawas pada 01/03/2013 .Ia adalah kesinambungan hari keluarga yang diadakan di kota kinabalu pada bulan sebelumnya. Pelbagai hidangan yang menyelerakan telah disajikan, selain itu beberapa game telah dibuat dan nyanyian lagu oleh para otai-otai dari warga PPD termasuk Pegawai Pendidikan iaitu Awg Ibrahim berserta isteri yang telah mendendangkan lagu era 80an( xingat judul lagu) .Apa-apa pun diharap pihak PPD akan menganjurkan lebih banyak aktiviti sosial dan kemasyarakatan pada masa akan datang sebagai riadah untuk...

Karnival Seni dan Budaya

 28/02/2013 Karnival Seni dan Budaya yang diadakan di dewan masyarakat Kampung Ulu Merapok berhampiran SK Ulu Merapok yang menyaksikan persembahan kebudayaan yang hebat yang juga mampu menyaingi peringkat sekolah menengah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Lawas, En. Awg Ibrahim dan sambutan amat menggalakkan dari guru-guru dan para jemputan yang hadir daripada orang-orang kampung sekitar ulu merapok.  ...

Karnival Pencegahan Dadah 2013

Kali ini Karnival Pencegahan Dadah bertempat di Dewan serbaguna SK Sundar, dimana karnival  mempertontonkan bakat- bakat pelajar sekolah rendah .Kali ini peserta nampaknya sangat bersedia dan berbakat. Mereka kelihatan yakin dan persembahan agak mengkagumkan seperti sajak & sketsa  dan lain- lain. Apa yang menarik pada hari itu adalah persembahan sketsa dan lakonan yang lucu dan penyampaian watak dan karektor yang cukup baik. Antara peserta yang sedang menunggu giliran masing- masing Ahli jawatankuasa tukang bancuh kopi  Sketsa yang agak menarik Dalam sketsa ada tarian dan nyanyian...

Page 1 of 23123Next