Laporan Pengujian Status Internet

Untuk makluman semua pihak sekolah, anda diminta untuk membuat ujian laporan speedtest pada setiap bulan. Untuk menghantar laporan, sila pergi ke ruangan E-Aplikasi dan klik pada Status Pengujian Internet

Buat Pinjaman Secara Online!!

Ingin membuat pinjaman peralatan PKG? Anda tidak perlu menunggu lagi dan lebih mudah sekiranya anda membuat permohonan secara atas talian kerana kami akan diberitahu secara terus melalui emel kami.

Karnival Budaya Sekolah Rendah

Persembahan tarian kebudayaan sempena Karnival Budaya Sekolah Rendah Daerah Lawas di Dewan Masyarakat Sundar.

Semak Status Tempahan Bilik PKG disini.

Tuan dan Puan kini boleh menyemak status penggunaan dan tempahan bilik PKG secara online melalui portal kami.Ia dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada anda bagi menjimatkan masa dan mempunyai ciri yang lebih efektif.Selain itu,anda boleh menempah terus sama ada melalui portal kami atau melalui panggilan telefon.

Selamat Datang ke Portal Rasmi PKG Lawas

Selamat datang ke web portal pkg lawas, untuk sebarang pertanyaan berkaitan maklumat pengisian data online anda boleh berhubung terus kepada kami melalui talian : 085-283979 Emel :pkg_lawas@moe.gov.my

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Lawas 2013




Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Lawas telah berlangsung pada 21 Jun 2013 bertempat di Hotel Seri Malaysia Lawas. Majlis dirasmikan oleh YB Dato Henry Sum Agung Ahli Parlimen P222 Lawas dan diserikan lagi dengan beberapa persembahan seperti tarian zapin oleh pelajar sekolah dan persembahan koir oleh guru-guru dari sekolah SMK Merapok. Bertepatan dengan tema hari guru " Guru Malaysia , 1 Aspirasi 1 Agenda tokoh guru peringkat daerah Lawas 2013 dianugerahi kepada En. Simon Tay sebagai penghargaan di atas jasa dan sumbangan beliau dalam pendidikan di Lawas. Disini disertakan sorotan-sorotan gambar pada hari tersebut:



Semasa ketibaan YB Dato Henry Sum Agung, diiringi dengan 
pelajar yang segak berpakaian ala-ala melayu klasik.


YB Dato Henry menandatangi buku pelawat.


Pasukan Gamelan dari SMK Merapok, mereka sangat berbakat


Penyampaian anugerah kepada Guru- Guru Sekolah.


Gimik Pelancaran Majlis Hari Guru






Tokoh Guru sedang menonton video tokoh periwayatan beliau.




Kumpulan Koir SMK Merapok.

 Kumpulan Gamelan SMK Merapok

Laporan Status Pengisian SSQS Daerah Lawas


Laporan Status Pengisian SSQS

1.  Pentadbir (Guru Besar / Pengetua / Penolong Kanan)

2. Guru Perpustakaan dan Media

3. Guru Mata Pelajaran

4. Murid

5. Laporan  Keseluruhan Status Pengisian SSQS Daerah Lawas


Tutorial :

1. Untuk paparan laporan sekolah anda, mula-mula klik "View" pada menu bar kemudian pilih "List"

 2. Pada Bahagian NAMA DAN KOD SEKOLAH , Sila pilih nama sekolah anda.