Laporan Pengujian Status Internet

Untuk makluman semua pihak sekolah, anda diminta untuk membuat ujian laporan speedtest pada setiap bulan. Untuk menghantar laporan, sila pergi ke ruangan E-Aplikasi dan klik pada Status Pengujian Internet

Buat Pinjaman Secara Online!!

Ingin membuat pinjaman peralatan PKG? Anda tidak perlu menunggu lagi dan lebih mudah sekiranya anda membuat permohonan secara atas talian kerana kami akan diberitahu secara terus melalui emel kami.

Karnival Budaya Sekolah Rendah

Persembahan tarian kebudayaan sempena Karnival Budaya Sekolah Rendah Daerah Lawas di Dewan Masyarakat Sundar.

Semak Status Tempahan Bilik PKG disini.

Tuan dan Puan kini boleh menyemak status penggunaan dan tempahan bilik PKG secara online melalui portal kami.Ia dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada anda bagi menjimatkan masa dan mempunyai ciri yang lebih efektif.Selain itu,anda boleh menempah terus sama ada melalui portal kami atau melalui panggilan telefon.

Selamat Datang ke Portal Rasmi PKG Lawas

Selamat datang ke web portal pkg lawas, untuk sebarang pertanyaan berkaitan maklumat pengisian data online anda boleh berhubung terus kepada kami melalui talian : 085-283979 Emel :pkg_lawas@moe.gov.my

Senyum2, kiri, kanan...

Kelihatan salah seorang pegawai dari Yayasan Sarawak yang sedang mengambil gambar adik-adik yang menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang, UPSR, PMR, SPM dan STPM. Kira-kira seramain 300 jemputan yang hadir dan turut menjayakan majlis tersebut. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.B Dato Amar Awang Tengah dan juga Y.B Dato Henry Sum Agong di SK MIS Lawas.

Majlis Penyerahan Komputer riba idola 1 Malaysia dan Khidmat WiWi

Penyerahan Netbook Idola 1 Malaysia dan Khidmat WiWi di SMK Sundar yang telah disempurnakan Oleh Dato Maximus Johnity Ongkili, teknologi oleh Mimos Sdn Bhd. Dengan adanya khidmat Wiwi di sekolah tersebut, ia akan memudahkan proses capaian internet yang berkelajuan tinggi sekaligus memudahkan guru dan pelajar membuat 'research' dan membuat ulangkaji pelajaran dengan lebih terperinci di internet.