Laporan Pengujian Status Internet

Untuk makluman semua pihak sekolah, anda diminta untuk membuat ujian laporan speedtest pada setiap bulan. Untuk menghantar laporan, sila pergi ke ruangan E-Aplikasi dan klik pada Status Pengujian Internet

Buat Pinjaman Secara Online!!

Ingin membuat pinjaman peralatan PKG? Anda tidak perlu menunggu lagi dan lebih mudah sekiranya anda membuat permohonan secara atas talian kerana kami akan diberitahu secara terus melalui emel kami.

Karnival Budaya Sekolah Rendah

Persembahan tarian kebudayaan sempena Karnival Budaya Sekolah Rendah Daerah Lawas di Dewan Masyarakat Sundar.

Semak Status Tempahan Bilik PKG disini.

Tuan dan Puan kini boleh menyemak status penggunaan dan tempahan bilik PKG secara online melalui portal kami.Ia dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada anda bagi menjimatkan masa dan mempunyai ciri yang lebih efektif.Selain itu,anda boleh menempah terus sama ada melalui portal kami atau melalui panggilan telefon.

Selamat Datang ke Portal Rasmi PKG Lawas

Selamat datang ke web portal pkg lawas, untuk sebarang pertanyaan berkaitan maklumat pengisian data online anda boleh berhubung terus kepada kami melalui talian : 085-283979 Emel :pkg_lawas@moe.gov.my

Laporan Status Pengisian SSQS Daerah Lawas


Laporan Status Pengisian SSQS Daerah Lawas 

Salam 1Bestarinet dan Salam Sejahtera,

Terima kasih dan tahniah kepada semua sekolah yang telah membuat pengisian borang responden SSQS
dan setakat ini telah berjalan seperti biasa. Untuk pengetahuan pihak sekolah, tempoh pengisian borang SSQS ini adalah sehingga tarikh 30 September 2013. Namun begitu, memandangkan peratusan pengisian SSQS pada setakat ini masih rendah, maka pihak BTP telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pengisian sehingga 5 Oktober 2013 .


Medan yang bertanda "kuning " dalam laporan di atas adalah medan laporan yang wajib diisi untuk melengkapkan bilangan responden yang dikehendaki, medan ini mempengaruhi 25%  jumlah keseluruhan peratusan untuk setiap sekolah.



Medan yang berwarna "hijau" di atas pula mewakili sekolah yang belum lagi membuat sebarang pengisian 
SSQS setakat ini.
Untuk menyemak status keseluruhan pengisian ini, sila klik link dibawah. Laporan ini akan terus dikemaskini dari masa ke semasa. Sekiranya, terdapat sebarang masalah berkenaan pengisian ini, sila berhubung secara terus ke PKG Lawas melalui talian : 085-283979. Sekian, terima kasih.