Laporan Pengujian Status Internet

Untuk makluman semua pihak sekolah, anda diminta untuk membuat ujian laporan speedtest pada setiap bulan. Untuk menghantar laporan, sila pergi ke ruangan E-Aplikasi dan klik pada Status Pengujian Internet

Khidmat Bantu ICT dan PSS

Program khidmat bantu ICT dan pemantauan PSS telah dilaksanakan pada tahun ini. Pemantauan yang dilaksanakan merangkumi sekolah rendah di zon E,( SK Long Sukang, SK Long Luping, SK Long Semadoh dan SK Ba'kalalan.). Program ini mengambil masa 3 hari dan 2 malam untuk dilaksanakan memandangkan lokasi sekolah yang jauh dari PKG Lawas. Ketua PTPB Limbang, Encik Jimmy Ngindang turut serta dalam program ini dengan bantuan FT 17 PKG Lawas. Sepanjang program ini dilaksanakan, banyak juga masalah di sekolah yang berkaitan dapat diselesaikan terutama dalam bidang ICT. Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang....

Kembara Buku 1Malaysia

Program Kembara Buku 1 Malaysia Peringkat Negeri Sarawak telah dilaksanakan di daerah Lawas. Aktiviti  yang dilaksanakan termasuklah bengkel penulisan bagi guru-guru daerah Lawas dan Limbang, pertandingan bercerita, deklamasi sajak, pertandingan tulisan jawi serta program Jejak Maklumat bagi murid sekolah. Kos perlaksanaan program ini ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). Penceramah yang terlibat dalam program ini adalah terdiri daripada MBKM dan juga daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak. Acara penutupan rasmi program telah diadakan di Stadium Tertutup Daerah Lawas dan disempurnakan...

Kem ICT

Paparan aktiviti Kem ICT 2012 yang telak dilaksanakan di SMK Lawas. Peserta kem terdiri daripada pelajar SMK Merapok, SMK Trusan, SMK Sundar dan peserta tuan rumah SMK Lawas. Aktiviti yang dijalankan termasuklah asas komputer, ceramah serta perkongsian maklumat. Program ini dianjurkan di bawah seliaan Unit ICT Pejabat Pelajaran Daerah Lawas. Majlis penangguhan telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Lawas, Awang@Ibrahim bin Am...

1Murid 1Sukan

Sekitar aktiviti 1 murid 1 Sukan peringkat daerah Lawas. Program ini telah dilaksanakan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Lawas. Pesertanya adalah terdiri daripada murid sekolah menengah dan sekolah rendah daerah Lawas. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program tersebut dilaksanaka...

Program Kasih Disemai Sayang Dibelai 2012

Sekitar Program Kasih disemai Sayang dibelai anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Saraw...

Hari Guru 2012

...

Kursus Penulisan BM 2012

Kursus Penulisan Bahasa Melayu bagi guru-guru sekolah rendah daerah Lawas dilaksanakan bermula 2 Mei hingga 4 Mei 2012. Kursus tersebut dijalankan di PKG Lawas serta dikendalikan oleh pensyarah dari I...

Kursus Pemantapan Teknikal & Kemahiran FT Sekolah

18-19 April 2012 (Rabu & Khamis) Seperti mana yang dikendaki oleh pihak BTP, kursus pemantapan teknikal untuk FT PKG Sarawak telah dijalankan pada (12-13 April) di BTPN Sarawak.Kursus untuk FT sekolah perlu dijalankan oleh pihak PKG dan modul taklimat/kursus juga sama. Bagi PKG Lawas, kami telah menjemput beberapa FT sekolah untuk menghadiri kursus tersebut. Walaupun bilangan FT di kawasan Lawas adalah kurang, namun kerjasama yang telah diberikan amatlah menggalakkan.Diharap lebih banyak kursus seperti ini akan dijalankan pada masa akan datang sebagai satu "platform" untuk perkongsian ilmu ICT antara semua jurutekn...

Majlis Tilawah Al- Quran Sekolah - Sekolah Peringkat Daerah Lawas

Majlis Tilawah Al- Quran sekolah sekolah peringkat daerah lawas telah dijalankan pada hari Jumaat dan Sabtu (30-31 /Mac 2012) . Penyertaan amatlah menggalakkan daripada sekolah rendah dan sekolah menengah sekitar daerah Lawas. Selain daripada tadarus al-quran, pelbagai aktiviti keagamaan yang lain turut menyemarakkan lagi majlis tersebut seperti pertandingan hafazan, kompang selawat,nyanyian nasyid dan bercerita....

Majlis Sukan Sekolah Rendah Daerah Lawas 2012

Majlis Sukan Sekolah Rendah Daerah Lawas telah berlangsung di kompleks sukan Lawas pada 15-17/02/2012 . Sepanjang tiga hari tersebut, pelbagai aktiviti yang telah berlangsung seperti lumba lari, lumba lari bergilir-gilir , lumba lari berpagar, lompat jauh dan banyak lagi aktiviti yang tidak saya senaraikan di sini. Majlis tersebut telah ditutup secara rasminya oleh Y.B Dato' Amar Awg Tengah Ali Hassan ( Jummaat), manakala pada hari Khamis, Y.B Dato Hendrisum Agong tidak dapat menghadiri majlis perasmian sukan tersebut. Walaupun begitu, beliau telah diwakili oleh Pegawai Daerah Lawas. Persaingan agak sengit dalam ketiga-tiga hari tersebut.Tidak...

Page 1 of 23123Next