Kembara Buku 1Malaysia







Program Kembara Buku 1 Malaysia Peringkat Negeri Sarawak telah dilaksanakan di daerah Lawas. Aktiviti  yang dilaksanakan termasuklah bengkel penulisan bagi guru-guru daerah Lawas dan Limbang, pertandingan bercerita, deklamasi sajak, pertandingan tulisan jawi serta program Jejak Maklumat bagi murid sekolah.
Kos perlaksanaan program ini ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM).
Penceramah yang terlibat dalam program ini adalah terdiri daripada MBKM dan juga daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak. Acara penutupan rasmi program telah diadakan di Stadium Tertutup Daerah Lawas dan disempurnakan oleh YB Dato Henry Sum Agong. ( Ahli Parlimen P.222 Lawas )